Translate

Sabtu, 5 November 2016

BURUNG HUD-HUD SEEKOR ENGINEER???

Apa istimewa nya burung Hud Hud sehingga di sebut dalam al Quran ?

Mengapa hud-Hud yang dicari?

Mengapa tidak helang, pipit, gagak, merpati atau merak? Itu soalan yang selalu berlegar dalam kepala saya sejak sekian lama setiap kali membaca kisah Nabi Sulaiman as dan burung hud-hud dalam surah al-Naml.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata: “Mengapa aku tidak melihat burung belatuk? Adakah ia daripada mereka yang tidak hadir? (al-Naml: 20)

Alhamdulillah akhirnya jawapan itu saya temui setelah menelaah kitab Tafsir al-Quran. Rupa-rupanya, burung hud-hud adalah jurutera air dan dikurniakan kemahiran mencari air. Nabi Sulaiman as setelah sampai ke satu tempat bersama iringan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai spesis sangat memerlukan air.

Di saat itu biasanya baginda akan memanggil burung hud-hud yang mampu terbang dan mengesan kedudukan air yang terpendam dalam bumi. (Tafsir al-Tabari)

Teori tersebut seakan dikukuhkan lagi oleh kata-kata hud-hud ketika melaporkan perihal kerosakan akidah penduduk Saba’ yang menyembah matahari yang bermaksud Hud-hud berkata: Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah dan syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk, – (Mereka dihalangi oleh syaitan) supaya mereka tidak sujud menyembah “Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan (terpendam) dalam bumi” dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan. (al-Naml: 24-25)

Hud-hud menyebut kuasa Allah SWT yang mampu mengeluarkan benda yang terpendam dalam bumi. Dalam satu tafsiran kepada perkataan “al-hab”, Sa’id ibnu al-Musayyab menyebut ia bermaksud `air’.

Oleh itu, ia agak selari dengan riwayat yang menyebut kelebihan hud-hud yang mampu mengesan air dalam bumi. (Tafsir Ibnu Kathir)

Walau bagaimanapun, kisah hud-hud yang memiliki radar pengesan air” tergolong dalam kategori riwayat Israiliyyat (riwayat bersumber daripada Ahli Kitab) yang tidak dapat dipastikan kesahihannya. Boleh jadi benar atau salah.

Oleh itu, `dakwaan’ ini ia perlu disukat dengan pembuktian saintifik. Samalah perihalnya kemampuan sesetengah haiwan yang dikurniai deria khas mampu melihat malaikat atau syaitan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila kamu mendengar kokokan ayam, maka mohonlah kepada Allah akan kurniaan-Nya kerana ayam itu telah melihat malaikat, manakala apabila kamu mendengar rengekan keldai, maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada (kejahatan) syaitan kerana keldai itu telah melihat syaitan. (Sahih al-Bukhari & Muslim)

Inilah salah satu cara laluan ilmu dibuka oleh al-Quran. Seharusnya Muslim yang membaca al-Quran berfikir hikmah dan rahsia di sebalik setiap bicara al-Quran.

Tambah teguh jika teori yang dikesan di sebalik ayat al-Quran dibuktikan secara saintifik.

Jika beginilah gayanya interaksi umat Islam dengan al-Quran, barulah al-Quran mampu menjawab segala masalah yang mereka hadapi.

Sabtu, 22 Oktober 2016

Si BLOGGER Hingusan??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai disana...,

Malam ini saya ingin kongsi sedikit perasaan saya sebagai BLOGGER yang berjaya dalam masa 2 malam saja!

ApaaAAAA???
berjaya dalam masa 2 malam saja???
Hahaha.....Lawak Bro....

Ye...inilah malam keramat yang merupakan malam ke-2 bagi diriku yang baru terjun kedunia BLOGGER!Dan pada malam ini aku merasa diriku menjadi seorang yang telah BERJAYA!yang mendapat Ranking sebagai "Si BLOGGER Hingusan"

Hahahahaha...So BLOGER Hingusan rupanye...

Ternyata!untuk membina 1 blog tanpa arah tuju dan tanpa seorang guru bukanlah suatu perkara yang amat mudah!
Fikiran boleh jadi kacau bilau!ditambah plak dengan stress tempat kerja...FuuuUUUh...boleh bikin panas jadinya kalau tidak ada sokongan penuh dari semangat kita sendiri bro...

Namun tanpa aku sedari...dengan hanya berpegang Nasihat arwah ayah mengenai alam maya(Internet).RESEARCH sana sini tanpa seorang guru.akhirnya blog yang ringkas ini terbit jua....

Sebagai seorang ketua rumahtangga dengan memikul tanggungjawab yang amat besar dengan hasil gaji $$$$ yang tak pernah mencukupi pada zaman ini.demi ingin mencapai sebuah kejayaan dimasa akan datang...aku mencari inisiatif ini untuk terjun dan ingin merasa perasaan sebagai seorang blogger sejati...
Itu pun kalau kesampaian...
Aamiin...
Dipendekkan cerita...Pada masa ini..AKUlah"Si BLOGGER Hingusan"ITU...

Sekian...



**Diharap adalah blogger sukarelawan membantu saya untuk berjaya...


Jumaat, 21 Oktober 2016

Warna-warni kehidupan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Hai disana,

Tujuan blog ini saya dirikan adalah sekadar ingin saling berkongsi sesama kita mengenai perihal kehidupan manusia pada masa ini dan masa akan datang.pendek kata.."WARNA-WARNI KEHIDUPAN"lah katakan..hehe...diharap blog ini juga akan menjadi sebagai tempat yang mungkin untuk kita bersama-sama rehatkan minda dalam mengetahui isu-isu semasa.Diharap blogger lain sudilah bkongsi cerita anda kepada saya dan sahabat yang lain...
Sekian.....